Serdang 24 Januari – Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Kursus Pensijilan Juruaudit yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 22 dan 23 Januari 2025 yang telah disampaikan oleh Puan Noraihan binti Noordin, Ketua Bahagian Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM. Kursus ini telah diadakan di Dewan Seminar, Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), UPM yang melibatkan Juruaudit dan Pemerhati Audit Dalaman Fakulti seramai 47 orang staf.
Objektif kursus ini selain daripada untuk menutup penambahbaikan (OFI) ISO pada tahun 2024, ia juga bertujuan untuk memahami matlamat, skop dan kandungan MS ISO 9001:2015 dan kegunaannya, memahami cara-cara merancang, melaksana, menyedia laporan dan membuat tindakan susulan. Selain daripada itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberi pemahaman mengenai cara-cara menulis laporan ketidakpatuhan dan cara-cara membuat tindakan pembetulan dan susulan terhadap ketakakuran serta memantapkan pelaksanaan audit dalaman di dalam meningkatkan keberkesanaan Sistem Pengurusan Kualiti khususnya di fakulti dan secara keseluruhannya di UPM.

Staf yang menghadiri kursus ini telah dikurniakan dengan sijil pentauliahan sebagai Juruaudit dan seterusnya dapat menjalankan sesi pengauditan dengan mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari selama dua hari tersebut.


Gambar semasa sesi kursus berlangsung
Tarikh Input: 13/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | nadia_rahman

Pejabat Dekan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Pra Siswazah 0397692608 (MD) / 0397692606 (SK)
Pasca Siswazah 0397692604/2506