LAWATAN EKSA KE PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » LAWATAN EKSA KE PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

LAWATAN EKSA KE PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

Oleh: Nooryati Sajat

SERDANG 21 Jun – Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Lawatan ini telah disertai seramai 16 orang staf yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa EKSA Fakulti yang baru dilantik. Kunjungan disambut oleh Puan Haslawati Maamor, selaku Pengerusi EKSA di Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Puan Haslawati memaklumkan bahawa beliau amat mengalu-alukan kedatangan AJK EKSA FPSK ke Perpustakaan dan berterima kasih kerana memilih Perpustakaan sebagai penanda aras FPSK.

 

 

   Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada warga fakulti terutamanya pegawai yang baru dilantik untuk menimba ilmu berkaitan EKSA dan memberi pendedahan tentang pelaksanaan EKSA amnya di UPM ini dan khususnya di fakulti.

  

           

 

 

   Ahli Jawatankuasa EKSA Fakulti telah diberi taklimat oleh Puan Nurul Aine Mokhtar, Penyelaras EKSA Perpustakaan tentang EKSA dan pelaksanaannya. Selepas itu AJK EKSA Fakulti dibawa melawat di sekitar Perpustakaan bagi melihat sendiri bagaimana Perpustakaan melaksanakan EKSA secara menyeluruh.

 

                                                                                                                                       

     

 

   Semoga dengan lawatan ini Ahli Jawatankuasa EKSA Fakulti dapat memberikan idea-idea yang bermanfaat bagi melaksanakan EKSA di fakulti. Bukan itu sahaja Ahli Jawatankuasa EKSA Fakulti juga boleh merancang pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi pelaksanaannya dengan penglibatan dari semua pihak. Justeru Kerjasama dari semua warga fakulti amat diperlukan bagi menjayakan matlamat EKSA keseluruhannya.

 

 

   Akhir acara Ahli Jawatankuasa EKSA Fakulti bergambar bersama Ahli Jawatankuasa EKSA Perpustakaan sebagai tanda kenang-kenangan.

Tarikh Input: 05/08/2024 | Kemaskini: 06/08/2024 | nadia_rahman

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
W, (03:18:14am-03:23:14am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]