Serdang, 20 Februari 2025 – Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan ke Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPER). Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat pelaksanaan EKSA di Bilik Makmal di ASPER. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 14 orang staf yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa EKSA Fakulti. Kunjungan disambut baik oleh Tuan Hj. Mat Razi Abdullah, selaku Pengerusi EKSA di ASPER. Tuan Hj. Mat Razi Abdullah memaklumkan bahawa beliau amat mengalu-alukan kedatangan AJK EKSA FPSK ke ASPER dan berterima kasih kerana memilih ASPER sebagai penanda aras FPSK untuk melihat EKSA di bilik-bilik makmal. Sebelum lawatan ke makmal Pengerusi EKSA Tuan Hj. Mat Razi Abdullah menerangkan serba sedikit pelaksanaan EKSA di ASPER. Pelaksanaan EKSA di ASPER mendapat sokongan penuh dari semua pihak sehingga dapat membuat beberapa inovasi.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil semasa lawatan ke Bilik Makmal ASPER yang terdiri daripada 4 bilik makmal.


Semoga dengan lawatan ini Ahli Jawatankuasa EKSA Fakulti dapat memberikan idea-idea yang bermanfaat bagi melaksanakan EKSA di fakulti seperti merancang pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi pelaksanaannya dengan penglibatan dari semua pihak. Justeru kerjasama dari semua warga fakulti amat diperlukan bagi menjayakan matlamat EKSA keseluruhannya.

Sebelum dibawa melawat ke makmal ASPER, Ahli Jawatankuasa EKSA Fakulti sempat bergambar bersama Ahli Jawatankuasa EKSA ASPER sebagai tanda kenang-kenangan.
Tarikh Input: 28/04/2025 | Kemaskini: 29/04/2025 | nadia_rahman

Pejabat Dekan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Pra Siswazah 0397692608 (MD) / 0397692606 (SK)
Pasca Siswazah 0397692604/2506