SERDANG, — Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Komuniti) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah mengumumkan pemenang Pertandingan Three Minutes Thesis (3MT) Peringkat Fakulti yang berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.
Pertandingan tersebut menjadi platform penting kepada pelajar siswazah untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka secara ringkas, padat dan menarik dalam tempoh tiga minit. Keseluruhan persembahan yang ditampilkan menunjukkan tahap kualiti yang tinggi serta mencerminkan kecemerlangan penyelidikan dalam kalangan warga fakulti.
Bagi kategori Doktor Falsafah (PhD), Nabila Adlina binti Nasruddin telah muncul sebagai johan, diikuti oleh Muhammad Fikry bin Ahmad di tempat kedua dan Nurin Nadrah binti Johan di tempat ketiga.


Sementara itu, bagi kategori Sarjana (MSc), tempat pertama dimenangi oleh Lee Jia Xian, manakala Abdullahi Abubakar Kyari dan Aminah Bello masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.


Kejayaan para pemenang ini membuktikan komitmen dan dedikasi tinggi dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti, di samping keupayaan menyampaikan idea secara efektif kepada khalayak.
Pihak fakulti turut merakamkan penghargaan kepada ahli jawatankuasa penyeliaan atas bimbingan berterusan kepada pelajar sepanjang tempoh penyelidikan. Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada semua peserta, barisan juri serta jawatankuasa penganjur yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran pertandingan ini.
Pertandingan seperti ini diharapkan dapat terus memupuk budaya penyelidikan yang cemerlang serta meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar siswazah.
Tarikh Input: 17/04/2026 | Kemaskini: 17/04/2026 | nadia_rahman

Pejabat Dekan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Pra Siswazah 0397692608 (MD) / 0397692606 (SK)
Pasca Siswazah 0397692604/2506