PROGRAM PEMANTAPAN KEPEMIMPINAN FPSK-HSAAS SIRI 1 2025 | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » PROGRAM PEMANTAPAN KEPEMIMPINAN FPSK-HSAAS SIRI 1 2025

PROGRAM PEMANTAPAN KEPEMIMPINAN FPSK-HSAAS SIRI 1 2025

Serdang 1 Julai – Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Program Pemantapan Kepemimpinan FPSK-HSAAS Siri I 2025 pada 1 Julai yang lepas bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM. Program ini melibatkan 60 orang staf FPSK dan HSAAS termasuk Dekan, Timbalan Dekan, COO, Timbalan Pengarah HSAAS, Ketua Pentadbiran FPSK-HSAAS dan juga para pentadbir kedua-dua entiti.

Penceramah jemputan iaitu Dr. Saiful Amin Jalun yang dibantu oleh Encik Mohd Zulkarniean Mohd Yusof sebagai fasilitator telah diundang bagi menjayakan satu hari program bersama barisan kepimpinan FPSK-HSAAS.

Sesi perkenalan bersama penceramah.

 

Program ini Adalah rentetan dari program tahun sebelum iaitu tahun 2024 di mana tahun tersebut telah diadakan empat siri program seumpamanya.  Tujuan program kali ini adalah memfokuskan kepada 3 perkara berikut :

  1. Kepimpinan
  2. Kerja berpasukan
  3. Semangat sayangkan institusi atau sense of belonging

 

Program kali ini padat dengan aktiviti berkumpulan dan semangat kerjasama antara kumpulan supaya output yang diharapkan dapat diterjemahkan semasa keberadaan di pejabat dan keadaan sekeliling dengan tidak mengambil kira kedudukan seseorang itu.

 


  

 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang satu hari program.

 

 

Akhir acara penyerahan cenderahati Dekan kepada penceramah dan bergambar bersama tanda kenangan.

 

Tarikh Input: 22/08/2025 | Kemaskini: 08/12/2025 | nadia_rahman

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
W, (10:42:33pm-10:47:33pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]