SYARAHAN INAUGURAL FPSK 2024 | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » SYARAHAN INAUGURAL FPSK 2024

SYARAHAN INAUGURAL FPSK 2024

Oleh: Nooryati Sajat

Serdang 27 September – Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis Syarahan Inaugural yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama (DKU), FPSK, UPM. Syarahan Inaugural pada kali ini disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Sazlina Shariff Ghazali dari Jabatan Perubatan Keluarga, FPSK yang bertajuk Empowering Older Persons for Healthy Ageing : Prioritizing Health Needs.

 Syarahan Inaugural telah dihadiri seramai 146 orang yang terdiri dari YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM sebagai Pengerusi Majlis, YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UPM, Dekan fakulti, Ketua-ketua Jabatan, staf fakulti dan PTJ lain serta pelajar-pelajar dari Jabatan Perubatan Keluarga. Majlis ini juga turut dihadiri oleh keluarga Prof. Sazlina. Sebagai buah tangan dan tanda kenang-kenangan kepada tetamu yang hadir YBhg. Prof telah memberikan senaskhah buku Syarahan Inaugural beliau.

 

 Tajuk yang disampaikan oleh YBhg. Prof. adalah memfokuskan kepada memperkasakan kesihatan terutama bagi golongan warga emas dengan menitikberatkan keperluan kesihatan bagi kategori ini. Pelbagai data tentang kesihatan warga emas juga dipaparkan kepada tetamu yang hadir supaya lebih cakna dan peka tentang persediaan kesihatan apabila melangkah  ke satu episod penuaan.

 

 Selain daripada syarahan, persembahan silat juga dipertontonkan bagi memeriahkan lagi majlis ini oleh saudara Mohd Sideq juga merupakan staf dari Jabatan Perubatan Keluarga. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh saudara Muhammad Azim dari Pejabat Timbalan Dekan Sains Kesihatan.

 Majlis Syarahan Inaugural ini merupakan syarahan yang dilaksanakan secara bersemuka khas untuk pegawai akademik yang telah dilantik ke jawatan Profesor. Syarahan ini memberi peluang kepada mereka untuk menyampaikan syarahan berkaitan hasil kerja dan kajian yang telah dibuat kepada tetamu jemputan.

 

Tarikh Input: 14/10/2024 | Kemaskini: 14/10/2024 | nadia_rahman

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
W, (09:54:53pm-09:59:53pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]