THREE MINUTE THESIS (3MT) COMPETITION (FACULTY LEVEL) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » THREE MINUTE THESIS (3MT) COMPETITION (FACULTY LEVEL)

THREE MINUTE THESIS (3MT) COMPETITION (FACULTY LEVEL)

Serdang 17 Mac 2025 – Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Three Minutes Thesis atau dikenali sebagai “UPM 3MT” yang bertarikh 14 Mac 2025 yang lalu. Program ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini adalah bertujuan memupuk dan meningkatkan Kemahiran komunikasi, perbentangan dan hasil penyelidikan pelajar. Program ini menglibatkan dua (2) kategori iaitu Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana (MSc). Peserta perlu membentangkan hasil penyelidikan dalam masa tiga minit kepada khalayak bukan pakar.

Makluman tambahan, program ini telah diadili oleh juri panel ialah Prof. Dr. Sherina Mohd Sidik  dari Jabatan Psikiatri FPSK, UPM. Selain itu, panel kedua yang terlibat ialah Dr. Rebecca Tay Sook Hui dari Beacon Precision Diagnostics (Our CEO@ FPSK) dan akhir sekali Mdm. Nur Hazimah Nor Hashim dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa, UPM.

 

 Antara koleksi gambar sepanjang program berlansung.

 

Antara pemenang “3MT” bagi kategori Doktor Falsafah (PhD).

PhD Winner Alvin Lim Jun Hao diselia oleh Prof. Madya Dr. Zulfitri 'Azuan Bin Mat Daud

 

PhD 1st, Runner Up Nabila Adlina Binti Nasruddin diselia Dr. Norashiqin Binti Misni

 

PhD 2nd, Runner up Lim Cheng Wei diselia oleh Ybhg. Profesor Dr. Cheah Pike See

 

 

Antara pemenang “3MT” bagi kategori Sarjana (MSc).

MSc Winner Noor Faridzatul Ain Binti Mohd Noor diselia oleh Prof. Madya Dr. Aneesa Binti Abdul Rashid

 

MSc 1st, Runner Up Imliya Binti Ibrahim diselia oleh Prof. Madya Dr. Zulfitri 'Azuan Bin Mat Daud

Tarikh Input: 19/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | nadia_rahman

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
S, (02:46:50pm-02:51:50pm, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]