Why Q ? Because It Is A Trend Of Quantitative Western Blot ! | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Why Q ? Because It Is a Trend of Quantitative Western Blot !

Why Q ? Because It Is a Trend of Quantitative Western Blot !

Pada 7 Mac 2019 yang lalu, Unit Farmakoteraputik dengan kerjasama PLT Scientific Sdn Bhd telah menganjurkan seminar berkenaan perkembangan dan penambahbaikan teknologi dalam teknik Western Blot. Seramai 40 peserta terdiri daripada pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah menyertai program ini.

Sepanjang tempoh seminar itu berlangsung, para peserta telah dititikberatkan berkenaan teknologi imaging yang ditawarkan dalam Western Blotting termasuk topic berkaitan Fluorescence vs Chemiluminesence Blots, Laser Scanner vs CCD Camera Detection, Understanding Digital Data dan juga Trending Application in Western Blot. Seminar ini telah disampaikan oleh Regional Specialist dari Azure Biosystems.

Para peserta juga diselitkan dengan sesi Q&A sepanjang seminar itu berlangsung dan disudahi dengan sesi hands-on yang telah dijalankan di Makmal Farmakoteraputik.

OBJEKTIF

  1. Memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan penambahbaikan teknologi imaging dalam teknik Western Blot.

 

PENGISIAN PROGRAM

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti :

  1. Teori berkenaan teknik Western Blot
  2. Perkembangan dan penambahbaikan teknologi imaging dalam Western Blot
  3. Fluorescence vs Chemiluminesence Blots
  4. Laser Scanner vs CCD Camera Detection
  5. Understanding Digital Data
  6. Trending applications
  7. Hands-on c600

 

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN LAIN-LAIN KOMUNITI

Seminar ini melibatkan pembekal dari PLT Scientific Sdn Bhd dengan kerjasama Unit Farmakoteraputik, Jabatan Perubatan UPM. Penyertaan untuk seminar ini adalah seramai 40 orang terdiri daripada pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Seminar ini mensasarkan pelajar yang akan menjalankan teknik Western Blot dalam penyelidikan mereka.

 

IMPAK PROGRAM

Komunikasi dua hala sepanjang seminar ini berlangsung telah memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari sebanyak mungkin berkenaan penambahbaikan teknologi yang ditawarkan dalam teknik Western Blot. Sesi hands-on penggunaan teknologi ini sedikit sebanyak telah membantu mereka untuk mendapatkan idea dalam menjalankan aktiviti penyelidikan mereka.

 

KESIMPULAN

Pendedahan yang diberikan berkenaan teknologi baru bagi imaging Western Blot ini telah membantu para peserta untuk lebih memahami dan merancang aktiviti penyelidikan mereka. Pelajar dapat mempelajari perkembangan dan penambahbaikan teknologi imaging dalam Western Blot dan membezakan dengan teknik imaging yang digunakan sebelum ini.

 

  

 

 Sesi hands-on c600 yang dijalankan di Makmal Farmakoteraputik

Tarikh Input: 28/03/2019 | Kemaskini: 28/03/2019 | h_khairi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXETTAY~