
PLASTIK TAK LENYAP, BAHAYA TAK HILANG
Adakah anda tahu bahawa plastik kini telah mencemari hampir setiap sudut alam sekitar; dari udara yang kita sedut, air yang kita minum, hinggalah tanah tempat kita bercucuk tanam? Malah, kajian terkini menunjukkan bahawa mikroplastik telah ditemui dalam badan manusia, termasuk di dalam paru-paru, darah dan otak. Ya, otak kita!
Kenapa kita perlu cakna? Adakah plastik ini benar-benar membahayakan?
Isu plastik bukan isu baharu. Ia telah dibincangkan selama beberapa dekad. Namun begitu, jumlah plastik yang dihasilkan dan dibuang semakin meningkat saban tahun, dan kitaran pembuangan yang tidak terkawal menjadikan plastik sebagai ancaman senyap kepada kesihatan dan kelangsungan hidup kita.
Tahun ini, pada 6 Jun 2025, kita menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia dengan tema “Hentikan Pencemaran Plastik”. Tema ini mengajak kita semua, sebagai pengguna, pendidik, pelajar, pembuat dasar dan komuniti untuk bertindak segera kerana masalah plastik belum nampak titik penyelesaiannya.
Bagaimana manusia boleh terkesan?
Apa yang boleh kita lakukan?
Langkah kecil, bila dibuat bersama, boleh mencetuskan perubahan besar.
Mari kita sambut Hari Alam Sekitar Sedunia dengan tindakan, bukan sekadar kata-kata. Demi bumi, demi masa depan anak-anak kita, dan demi kesihatan kita sendiri. Hentikan pencemaran plastik, sekarang!

Dr. Rozaini Abdullah
Pensyarah Kanan
Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
Tarikh Input: 04/06/2025 | Kemaskini: 03/07/2025 | nadia_rahman

Pejabat Dekan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Pra Siswazah 0397692608 (MD) / 0397692606 (SK)
Pasca Siswazah 0397692604/2506