
Hari Sindrom Sjogren Sedunia 2024
Hari Sindrom Sjogren Sedunia: Fokus pada Keadaan Autoimun yang Kurang Dikenali
Sindrom Sjögren, adalah penyakit autoimun kronik, yang memberi kesan terutamanya kepada wanita, didalam lingkungan umur 40 dan 60. Ia menyerang kelenjar yang menghasilkan lembapan dan menyebabkan mata dan mulut kering dengan, ia juga boleh memberi kesan pelbagai bahagian badan yang lain. Sindrom Sjögren melibatkan kira-kira 1 dalam 3333 sehingga 1dalam 250 orang di Asia.
Sindrom Sjögren berpunca dari interaksi kompleks berkenaan risiko genetik, persekitaran, perubahan hormon, dan disfungsi sistem imun. Terdapat dua jenis Sindrom Sjögren: primer, berlaku secara bebas, dan sekunder, yang mengiringi gangguan autoimun lain seperti lupus atau arthritis rheumatoid. Sindrom Sjögren primer kebanyakannya hadir dengan mengalami mata dan mulut kering, manakala ciri Sjögren sekunder adalah penglibatan mata dan mulut yang kurang parah tetapi lebih melibatkan penyakit autoimun primer.
Simptomologi penyakit ini adalah luas, melibatkan kelenjar air mata, liur dan sistem badan yang lain:
a) Gejala Kelenjar: Lebih 85% daripada mereka yang mengalami Sjögren primer mengalami kekeringan yang ketara pada mata dan mulut, dan kira-kira 50% menunjukkan pembesaran kelenjar air liur Kekeringan mulut ini akan memberi kesukaran semasa penelanan makanan, dan bercakap serta meningkatkan risiko kerosakan gigi.
b) Gejala Sistemik: Hampir 96% pesakit dengan Sindrom Sjögren sekunder akan mengalami kesakitan otot dan sendi, keletihan, dan kekeringan kulit adalah lazim. Gejala tambahan yang jarang terjadi termasuk fenomena Raynaud dan komplikasi pada paru-paru, jantung dan buah pinggang.
Diagnosis Sindrom Sjögren adalah melibatkan pelbagai langkah proses yang merangkumi penilaian simptom/gejala, ujian Schirmer untuk tahap kekeringan mata, sialometri untuk tahap pengeluaran air liur, ujian darah untuk autoantibodi tertentu, dan pengimejan untuk memeriksa keabnormalan kelenjar. Biopsi mungkin diperlukan untuk diagnosis konklusif.
Rawatan memberi fokus kepada menguruskan simptom/gejala, terutamanya mata dan mulut kering, menggunakan air mata buatan, pengganti air liur, dab kebersihan mulut yang baik. Penyesuaian gaya hidup merangkumi diet seimbang yang kaya dengan makanan semula jadi dan kandungan air yang tinggi untuk mengatasi kekeringan. Ubat boleh diresepkan untuk merawat sakit otot dan sendi, seperti ubat anti-radang, imunosupresan (contohnya, prednisolone) atau ubat anti-rheumatik khas (contohnya, hydroxychloroquine).
Secara keseluruhan, sindrom Sjögren memerlukan strategi rawatan peribadi dan pengurusan berterusan untuk mengurangkan kesannya dan meningkatkan kualiti hidup. Diagnosis awal dan tepat, ditambah dengan pemantauan berkala adalah sangat penting untuk pengurusan yang berkesan dan mencegah komplikasi jangka panjang.

Dr. Dhashani Sivaratnam
Pakar dan Pensyarah Kanan
Jabatan Oftalmologi
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia

Dr. Wong Tzeng Lin
Doktor
Jabatan Perubatan
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia
Tarikh Input: 23/07/2024 | Kemaskini: 24/07/2024 | nadia_rahman

Pejabat Dekan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Pra Siswazah 0397692608 (MD) / 0397692606 (SK)
Pasca Siswazah 0397692604/2506