Pakar Cadang Tunggu 12 Bulan Lagi | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» ARTIKEL » Pakar cadang tunggu 12 bulan lagi

Pakar cadang tunggu 12 bulan lagi

Shahidatul Akmal Dunya, Sinar Harian 29 November 2020

SHAH ALAM - Malaysia dijangka memerlukan tempoh antara enam hingga 12 bulan lagi sekiranya ingin mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, ia berikutan vaksin yang bakal digunakan oleh penerima hanya berkesan dan berada dalam keadaan normal untuk merangsang penghasilan antibodi dalam tempoh beberapa minggu hingga sebulan.

“Tempoh penghasilan antibodi yang diperlukan untuk mencegah potensi jangkitan bergantung kepada jenis kuman.


“Dos vaksin pula biasanya perlu diulang iaitu sekurang-kurangnya dua kali suntikan bagi memastikan antibodi yang terhasil kekal pada paras diperlukan untuk melindungi diri seseorang daripada potensi jangkitan,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad semalam.

Bagaimanapun, katanya, beliau berpendapat PRU15 tidak perlu tergesa-gesa untuk diadakan.

“Dalam konteks wabak yang sedang kita alami kini, keutamaan ialah keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Malaysia bakal menerima sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan imunisasi 6.4 juta rakyat Malaysia pada tahun depan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112442/BERITA/Nasional/Pakar-cadang-tunggu-12-bulan-lagi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/112442/BERITA/Nasional/Pakar-cadang-tunggu-12-bulan-lagi

 

Tarikh Input: 11/12/2020 | Kemaskini: 11/12/2020 | norashiqin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdIAU~