PERUBATAN KELUARGA PENGENALAN (MDR3207)
Kursus ini memperkenalkan amalan serta spektrum penyakit dan pesakit di peringkat rawatan primer serta prinsip perubatan keluarga. Ia memberi penekanan terhadap hubung kait proses manifestasi klinikal pesakit dan penyelesaian pelbagai masalah klinikal di peringkat primer.
OBJEKTIF DAN HASIL PEMBELAJARAN
PERUBATAN KELUARGA LANJUTAN (MDR3208)
Kursus ini memantapkan amalan perubatan keluarga di peringkat kesihatan primer. Ia juga memberi penekanan terhadap hubung kait proses yang terlibat dalam manifestasi klinikal pesakit dengan pengendalian pelbagai masalah klinikal.
OBJEKTIF DAN HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir penempatan, pelajar dapat:
MASTER PERUBATAN(PERUBATAN KELUARGA)
Program Master Perubatan Keluarga telah ditawarkan di Universiti Putra Malaysia bermula pada tahun 2011 setelah mendapat akreditasi daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini melibatkan jalingan kerjasama di antara 6 universiti terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Malaya(UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan Universiti Teknologi Mara Malaysia (UITM). Ianya adalah program pascasiswazah, latihan dalam pekerjaan selama 4 tahun minima dan 7 tahun maksima. Ianya bertujuan untuk melahirkan Pakar Perubatan Keluarga yang kompeten. Program ini dilaksanakan dalam 3 fasa : Fasa I (tahun 1), Fasa II (tahun 2 &3) dan Fasa III (tahun 4), dan dilaksanakan secara sistem terbuka (open system).
Fasa I dijalankan selama satu (1) tahun merangkumi 3 penempatan utama: Perubatan, Obstetrik& Ginekologi dan Pediatrik. Calon akan mengikuti latihan fasa I dan II (tahun 2) di hospital-hospital yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Peperiksaan professional bahagian 1 akan diadakan di akhir tahun 1. Calon mesti lulus semua bahagian untuk meneruskan ke program Fasa II.
Fasa II dijalankan selama dua (2) tahun. Pada tahun 2, calon akan menjalani latihan di 10 penempatan klinikal minor yang wajib, 1 penempatan elektif dan 1 kursus metodologi penyelidikan. Calon akan mengikuti latihan tahun 2 di hospital-hospital yang diiktiraf oleh UPM dan Kementerian Kesihatan. Pada tahun ketiga, calon akan menjalani latihan klinikal perubatan keluarga di klinik kesihatan, KKM dan Pusat Kesihatan universiti secara giliran. Peperiksaan Profesional bahagian II akan dijalankan pada hujung tahun 3. Calon mesti lulus semua bahagian untuk meneruskan ke program Fasa III.
Pada tahun 4 (tahun akhir) calon akan meneruskan pengajian di klinik kesihatan, KKM. Calon juga dikehendaki menjalankan projek penyelidikan dan menghantar laporan projek tersebut. Pada akhir fasa III, calon diwajibkan menduduki dan lulus Peperiksaan Professional bahagian III sebelum dianugerahkan Master Perubatan (Perubatan Keluarga).
Kemaskini:: 05/06/2024 [roslan_y]

Pejabat Dekan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Pra Siswazah 0397692608 (MD) / 0397692606 (SK)
Pasca Siswazah 0397692604/2506