SYARAHAN INAUGURAL FPSK 2026 | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » SYARAHAN INAUGURAL FPSK 2026

SYARAHAN INAUGURAL FPSK 2026

Serdang 15 Mei – Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis Syarahan Inaugural yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama (DKU), FPSK, UPM. Syarahan Inaugural pada kali ini disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Chan Yoke Mun dari Jabatan Dietetik, FPSK yang bertajuk Nutrition for Resilient Ageing: Optimised Protein Strategies for Sarcopenia Prevention.

 

Syarahan Inaugural telah dihadiri secara atas talian dan fizikal seramai 556 orang yang turut terdiri dari YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi sebagai Pengerusi Majlis, YBhg Prof. Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof mewakili Dekan Fakulti, Ketua-ketua Jabatan, staf fakulti dan PTJ lain serta pelajar-pelajar dari Jabatan Dietetik. Majlis ini juga turut dihadiri oleh keluarga Prof. Chan termasuk suami tercinta. Sebagai buah tangan dan tanda kenang-kenangan kepada tetamu yang hadir YBhg. Prof telah memberikan senaskhah buku Syarahan Inaugural beliau.

Tajuk yang disampaikan oleh YBhg. Prof. adalah memfokuskan kepada memperkasakan kesihatan dengan menitikberatkan keperluan kesihatan dengan pencegahan sejak dari awal lagi dan menekankan kepentingan pengambilan protein secara optimum dan seimbang dalam setiap hidangan. Pelbagai data tentang kekurangan nutrisi juga dipaparkan kepada tetamu yang hadir supaya lebih cakna dan peka tentang persediaan kesihatan dengan tema mencegah lebih baik dari merawat.

Selain daripada syarahan, majlis turut diserikan dengan persembahan drama pendek oleh pelajar Jabatan Dietetik dengan bertemakan Sarcopenia Prevention. Persembahan ini menampilkan perbezaan antara individu yang mengambil protein dengan yang tidak mengendahkan tentang makanan dan implikasi yang berlaku.

   

Majlis Syarahan Inaugural ini merupakan syarahan yang dilaksanakan secara bersemuka khas untuk pegawai akademik yang telah dilantik ke jawatan Profesor. Syarahan ini memberi peluang kepada mereka untuk menyampaikan syarahan berkaitan hasil kerja dan kajian yang telah dibuat kepada tetamu jemputan dan berkongsi pengalaman sepanjang perkhidmatan mereka di UPM ini khususnya.

 

 

   

   

    

Gambar-gambar sepanjang Syarahan Inaugural YBhg. Prof. Dr. Chan Yoke Mun

Date of Input: 11/06/2026 | Updated: 11/06/2026 | nadia_rahman

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
X, (07:58:04am-08:03:04am, 13 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]