UTAMA | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

Pra Siswazah

Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan program sepenuh masa kepada calon-calon yang layak kepada pemegang STPM / Setaraf, Matrikulasi / Asasi, pemegang Diploma / kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM. Sementara itu, pemegang SPM / kelayakan setaraf akan ditawarkan untuk program Diploma dan Asasi Sains Pertanian.

Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan pelbagai program pengajian pasca siswazah sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa. UPM sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan etika kerana golongan ini bakal menjadi perantara bagi meningkatkan imej dan nama UPM ke persada dunia. UPM pada waktu ini mempunyai peratusan staf akademik dengan kelulusan PhD yang tertinggi terbanding Universiti awam lain di Malaysia.

Program Yang Ditawarkan :

a) Pra siswazah

b) Pengajian Siswazah (Sains Kesihatan)

c) Pengajian Siswazah (Perubatan)

Pelajar Semasa

 

   Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar.

     Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.

Maklumat yang boleh dijadikan panduan untuk pelajar semasa UPM

:: Kalendar Akademik
:: Maklumat Akademik
:: Kemudahan
:: Aktiviti Pelajar
:: Konvokesyen
:: Kegiatan Kurikulum
:: Pertukaran Pelajar
:: Pengangkutan
:: Peluang Pekerjaan
:: Keselamatan

     Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.

     Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya.

     Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni  pada bila-bila masa. 


PANDUAN MEDIA UNTUK RUJUKAN PAKAR

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sangat komited untuk berkongsi kepakaran dengan masyarakat dan media, dan sekali gus membantu wartawan menghasilkan cerita yang lebih menarik dan memberi impak kepada pengetahuan awam. Tenaga pakar Fakulti juga mempunyai pelbagai kepakaran dan pengalaman yang luas mengenai topik dan isu-isu semasa berkaitan perubatan dan sains kesihatan.

Senarai kepakaran yang disediakan ini merupakan panduan untuk rujukan media dan wartawan berkaitan bidang kepakaran, dan sekali gus menyediakan maklumat perhubungan pakar yang berupaya diakses dengan lebih mudah dan cepat. Justeru, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia mengalu-alukan permohonan media untuk mendapatkan maklum balas kepakaran ataupun pandangan daripada tenaga pakar kami dalam bidang perubatan hinggalah kepada keselamatan jalan raya, kesihatan komuniti, pamakanan, dietetik, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, bioperubatan, dan lain-lain yang berkaitan.

Sekiranya media atau wartawan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai perhubungan media FPSK seperti berikut:

Puan Syifarida Muhamad Zaki
Penolong Pegawai Tadbir
syifarida@upm.edu.my
03-97692713
 
artikel
World Malaria Day 2024
World Malaria Day, observed on April 25th, with the theme of Accelerating the fight against malaria for a more equitable world" highlights the urgent need to accelerate efforts in combating malaria as declared by the World Health Organization (WHO) this year. This theme underscores the critical necessity of addressing the gaps in access to malaria prevention, detection, and treatment services globally.
World Malaria Day 2024
Watch out for new mutant strain
Watch out for new mutant strain
Jangkitan batuk kokol dan pencegahan melalui vaksin
Jangkitan batuk kokol dan pencegahan melalui vaksin
Artikel-artikel lain...
berita
Watch speed during balik kampung trip, public told
Watch speed during balik kampung trip, public told
At a recent talk titled “Safe Travels During Festive Season”, Universiti Putra Malaysia (UPM) Department of Community Health professor, Dr Kulanthayan K.C. Mani, presented the statistics and warned motorists to watch their speed during their Hari Raya balik kampung journey.
pengumuman

Berminat ingin melanjutkan pengajian Master Sains Pemakanan?

 

Ambilan Oktober Sesi 2024/2025 telah dibuka!

 

Program Master in Nutritional Sciences adalah program Master Sains Kerja Kursus (MSKK) yang menawarkan topik lanjutan yang komprehensif termasuk Pemakanan, gaya hidup dan penyakit tidak berjangkit, Pemakanan global, advokasi dan polisi, Perundangan dan peraturan makanan, Kaedah penyelidikan dan biostatistik dalam pemakanan.

 

Program sepenuh masa ini dibentuk untuk memberikan latihan pendidikan lanjutan yang dapat menyediakan tenaga kerja yang lebih baik ketika landskap memahami hubungan antara pemakanan dan kesihatan yang pesat berubah. Kursus ini juga adalah untuk melahirkan profesional pemakanan yang berpengetahuan lanjut khususnya dalam bidang pemakanan.

 

  1. Program selama Satu Tahun ini mempunyai struktur tiga semester dan kursus ini diajar dalam Bahasa Inggeris.
  2. Sesuai untuk anda yang bekerja
  3. Pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 40 jam kredit untuk menamatkan pengajian yang merangkumi 34 jam kredit kursus wajib dan Disertasi, dan 6 jam kredit kursus elektif.
  4. Kelas dijalankan selepas waktu pejabat pada hari bekerja atau hujung minggu.

 

Tarikh akhir permohonan:

 

Kemasukan Oktober Sesi 2024/2025, mohon sebelum 31 Julai 2024 (bagi pelajar tempatan) / 30 Jun 2024 (bagi pelajar antarabangsa)

 

Untuk maklumat lanjut:

https://sgs.upm.edu.my/programme_of_study/programme_by_coursework/faculty_of_medicine_and_health_sciences-1423

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi penyelaras program:

 

Prof. Dr. Norhaizan Mohd Esa

03-97692427 / 03-97692459

medic.mnscoordinator@upm.edu.my

Tiada tawaran sebutharga.
Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
;
6 April 2024 : Prof. Dr. KUlanthayan KC Mani - Awani Pagi: Nak balik raya? Pastikan keselamatan kenderaan
;
11 April 2024 : Prof. Dr. Kulanthayan KC Mani - Bernama TV: Malaysia Petang Ini - Selamat Hari Raya, Selamat di Jalan Raya!
;
15 Mac 2024 : Dr. Suhainizam Muhamad Saliluddin - Bernama TV : Ruang BIcara - Elak Risiko Strok Haba Ketika Berpuasa
;
15 Mac 2024 : Prof. Dr. Kulanthayan KC Mani - Astro Awani: Consider This: School Transportation — Protecting Precious Cargo
ikuti kami
fb.png
twitter.png
youtube.png
insta.png
tiktok.png
SXEaEAv~