Master Perubatan (Perubatan Dalaman) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN medic
» AKADEMIK » Pengajian Siswazah (Perubatan) » Master Perubatan (Perubatan Dalaman)

Master Perubatan (Perubatan Dalaman)

PENGENALAN

Master Perubatan (Perubatan Dalaman) adalah salah satu program pakar yang ditawarkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Pakar-pakar perubatan dalaman amat diperlukan di hospital kerajaan, IPTA serta sektor swasta sejajar dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani masalah nisbah kekurangan pakar perubatan dalaman terhadap masyarakat. Oleh yang demikian, fakulti mengadakan program ini bertujuan melahirkan pakar perubatan dalaman yang lebih ramai bagi memenuhi permintaan tinggi sektor awam dan swasta terhadap sumber manusia profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan dalaman. Selain itu, bilangan tenaga pengajar bagi program ini akan bertambah dan bakal memenuhi keperluan pakar perubatan dalam negara dari semasa ke semasa. Program ini juga bertujuan mempertingkatkan bilangan pakar perubatan dalaman yang mampu melakukan penyelidikan yang relevan berkaitan masalah kesihatan berkaitan dengan bidang yang ditawarkan.

 

STRUKTUR KURIKULUM

Fasa I: Tahun 1

  • Fasa I dikendalikan dalam tempoh 50 minggu. Fasa ini merangkumi aspek Perubatan Dalaman Am termasuk pembelajaran sains perubatan asas dan am yang relevan di dalam bidang perubatan dalaman dan penyeliaan klinikal di dalam bidang perubatan dalaman di bawah pengawasan pakar yang dilantik.

 

Fasa II: Tahun 2 & 3

  • Fasa II dikendalikan dalam tempoh 100 minggu di mana calon mesti menghabiskan latihan dalam Perubatan Khusus I dan II. Calon diwajibkan menghabiskan kesemua penempatan dalam masa 100 minggu tersebut.
  • Kandungan kursus merangkumi: 
    1. Perubatan Khusus I, calon dikehendaki menjalani tujuh (7) posting major yang dijalankan selama 12 minggu setiap penempatan iaitu Kardiologi, Respiratori, Neurologi, Gastroenterologi, Nefrologi, Endokrinologi dan Hematologi.
    2. Perubatan Khusus II, calon perlu menjalani empat (4) posting minor iaitu Rheumatologi, Onkologi, Dermatologi dan Penyakit Berjangkit.
  • Pada Tahun 2 juga, calon dikehendaki untuk merancang dan menghasilkan satu kertas cadangan projek penyelidikan disamping memulakan projek tersebut. Calon juga wajib menghantar kertas cadangan projek penyelidikan tersebut selewat-lewatnya 18 bulan selepas menyertai program ini.

 

Fasa III: Tahun 4

  • Dalam Tahun 4 pengajian calon akan dilatih untuk berfungsi sebagai Pakar Perubatan Dalaman. Fasa III dikendalikan selama 50 minggu. Fasa ini merangkumi Perubatan Dalaman Am II dan penempatan dalam bidang sub kepakaran projek penyelidikan yang dipilih oleh calon dalam Tahun 2.

 

SYARAT KEMASUKAN

CALON MALAYSIA

Pemohon yang ingin mengikuti kursus MMed (Perubatan Dalaman) mesti memiliki kelayakan dan pengalaman yang ditetapkan oleh Senat universiti:

  1. Berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 40 tahun semasa memulakan program
  3. Memiliki Ijazah perubatan yang sah (dari universiti yang diiktiraf oleh MMC)
  4. Pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 3 tahun selepas mendapat ijazah perubatan dengan sekurang-kurangnya 6 bulan dalam bidang perubatan dalaman atau kepakaran yang berkaitan
  5. Pencapaian akademik yang memuaskan
  6. Bukti sokongan kewangan daripada penaja masing-masing atau surat jaminan dengan 2 orang penjamin atau surat pelepasan daripada majikan
  7. Bukti rujukan kedudukan baik daripada 2 pengadil. Wajib memberikan alamat penuh dan nombor telefon pengadil.
  8. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib

 

CALON ANTARABANGSA

Untuk CALON ANTARABANGSA, syarat 1-8 dikenakan dengan tambahan:

  1. Memiliki Sijil Pengamalan Sementara yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia sebelum memulakan amalan
  2. Menjalani 3-6 bulan lampiran klinikal sebelum menyertai program. Calon hendaklah lulus peperiksaan kemasukan yang dikendalikan oleh jabatan pada akhir lampiran
  3. Bukti kecekapan dalam bahasa Inggeris. Calon mesti memperoleh skor minimum 7.0 dalam IELTS atau 580 dalam TOEFL (diperolehi dalam tempoh 2 tahun sebelum tarikh pendaftaran)
  4. Beberapa tahap kecekapan dalam pertuturan Bahasa Malaysia diperlukan untuk memastikan komunikasi berkesan dengan pesakit. Calon mesti mengikuti kelas bahasa Melayu formal yang ditawarkan oleh Universiti.

 

YURAN PENGAJIAN

Postgraduate Tuition Fee - Session Local Students

 

AKREDITASI (MQR)

Master Perubatan (Perubatan Dalaman)

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Penyelaras Program
:
Dr. Wan Zul Haikal Wan Zukiman
No. Tel
:
03-9769 2568
E-mel
:
zulhaikal@upm.edu.my
 

atau 

 
Unit Siswazah Perubatan
Pejabat Timbalan Dekan (Akademik Perubatan)
mmed.medic@upm.edu.my
 

  

Kemaskini:: 26/09/2025 [irdinaidleen]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
X, (10:12:42pm-10:17:42pm, 26 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]