Master Perubatan (Pediatrik) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pengajian Siswazah (Perubatan) » Master Perubatan (Pediatrik)

Master Perubatan (Pediatrik)

PENGENALAN


Master Perubatan (Pediatrik) adalah suatu program professional peringkat kepakaran yang ditawarkan oleh Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Ia merangkumi 4 tahun di mana calon akan memperolehi pengetahuan asas dalam pediatrik umum serta sub-bidang pediatrik yang lain. Pengetahuan ini juga melibatkan teori fundamental asas, skil klinikal serta konsep penting dalam pengurusan rawatan pesakit.

Program ini dijangka dapat melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang Pediatrik bagi memenuhi permintaan tinggi sektor awam dan swasta. Program ini juga dapat menambah bilangan tenaga pengajar bagi program Doktor Perubatan terutama dalam bidang Pediatrik dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam atau swasta.

Program ini juga bertujuan mempertingkatkan bilangan pakar pediatrik yang mampu melakukan penyelidikan yang relevan berkaitan masalah kesihatan kanak-kanak Malaysia. Selain itu ia juga telah menjadi landasan untuk menceburi kepakaran sub-bidang seperti kardiologi, neurologi, onkologi dan lain-lain untuk mempertingkatkan lagi tahap penjagaan kanak-kanak.

 
STRUKTUR KURIKULUM

Tahun 1

Teori: Sains Asas Perubatan dan Sains Asas Pediatrik.

-Posting Klinikal: Pediatrik Umum, Pediatrik Asas dan Neonatologi -Berfungsi sebagai pegawai perubatan yang bertanggungjawab ke atas wad-wad dibawah seliaan pakar perunding.

Tahun 2 & 3

-Pelajar akan menjalani 8 posting dalam 2 tahun daripada pilihan sub bidang Pediatrik (daripada Kursus-Kursus Elektif).

-Pelajar bertugas dibawah seliaan Pakar Perunding dan melakukan kerja-kerja wad, merawat pesakit serta tugasan malam.

-Projek Penyelidikan bermula pada awal Tahun 2.

Tahun 4

-Latihan: Pediatrik Lanjutan dan diberi pilihan untuk menjalani Elektif Sub Bidang.

-Pembentangan hasil laporan projek penyelidikan.  

 
SYARAT KEMASUKAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Mempunyai kelulusan MBBS, MBChB, MD atau yang setaraf dengannya dari universiti yang diiktiraf.

3. Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

4. Mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 2 tahun selepas pendaftaran penuh.

5. Memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan KKM).
 


YURAN PENGAJIAN


Struktur Yuran

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Penyelaras Program : Dr. Johan Aref Jamaluddin, Jabatan Pediatrik

No telefon              : 03-89472610

Kemaskini:: 27/03/2019 [sazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566343036