Panduan Cuti Pelajar | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pengajian Siswazah (Perubatan) » Panduan Cuti Pelajar

Panduan Cuti Pelajar

GARIS PANDUAN CUTI DAN PENANGGUHAN PENGAJIAN

PROGRAM MASTER PERUBATAN

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

 

KELAYAKAN CUTI

1. Kelayakan cuti adalah mengikut Cuti Akademik IPTA iaitu tempoh ketidakhadiran pelajar adalah tidak melebihi 42 hari per sesi akademik (setahun) iaitu 28 hari cuti rehat dan 14 hari cuti sakit. Ini termasuk cuti bersalin.
   
2. Kelayakan Cuti Tugas Khas Perubatan (CTKP) sebanyak 14 hari setahun bagi pegawai yang menjalankan tugas-tugas tertentu perubatan seperti yang disebut di (i) dan (ii) adalah terangkum di dalam cuti yang telah ditetapkan oleh Universiti (rujukan: KKM.500-8/2/23 Jld.3 (3) bertarikh 23 Disember 2022).
   
 
  • pegawai yang menjalankan tugas X-Ray sepenuh masa dan terdedah kepada pancaran X-Ray; dan
 
  • pegawai bertugas sepenuh masa dalam menjalankan perawatan pesakit tibi, kusta dan psikiatri di fasiliti kesihatan yang ditetapkan. Bagi pegawai yang menjalankan rawatan kurang daripada setahun, kelayakan adalah berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan.
   
3.

Semasa dalam tempoh penangguhan pengajian, kelayakan cuti pelajar adalah mengikut kemudahan cuti di bawah Perintah Am Bab C.

   
4.

Semasa penempatan di fasiliti/hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Jabatan KKM boleh menimbangkan dan meluluskan permohonan Cuti Tanpa Rekod untuk menghadiri kursus berkaitan dan peperiksaan di universiti tertakluk kepada syarat-syarat HLP.

PENANGGUHAN PENGAJIAN

1.

Sekiranya pelajar memerlukan penangguhan atau perlanjutan tempoh pengajian, pelajar perlu menghantar surat permohonan kepada Dekan Fakulti melalui Penyelaras Program beserta sebab-sebab yang munasabah.

 

Semakan: 11 September 2023 (JKPSF 61)

Kemaskini:: 12/10/2023 [sazwan.ishak]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdHAO~