Master Perubatan (Perubatan Dalaman) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pengajian Siswazah (Perubatan) » Master Perubatan (Perubatan Dalaman)

Master Perubatan (Perubatan Dalaman)

PENGENALAN

Master Perubatan (Perubatan Dalaman) adalah salah satu program pakar yang ditawarkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Pakar-pakar perubatan dalaman amat diperlukan di hospital kerajaan, IPTA serta sektor swasta sejajar dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani masalah nisbah kekurangan pakar perubatan dalaman terhadap masyarakat. Oleh yang demikian, fakulti mengadakan program ini bertujuan melahirkan pakar perubatan dalaman yang lebih ramai bagi memenuhi permintaan tinggi sektor awam dan swasta terhadap sumber manusia profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan dalaman. Selain itu, bilangan tenaga pengajar bagi program ini akan bertambah dan bakal memenuhi keperluan pakar perubatan dalam negara dari semasa ke semasa. Program ini juga bertujuan mempertingkatkan bilangan pakar perubatan dalaman yang mampu melakukan penyelidikan yang relevan berkaitan masalah kesihatan berkaitan dengan bidang yang ditawarkan.

 

STRUKTUR KURIKULUM

Fasa I: Tahun 1

  • Fasa I dikendalikan dalam tempoh 50 minggu. Fasa ini merangkumi aspek Perubatan Dalaman Am termasuk pembelajaran sains perubatan asas dan am yang relevan di dalam bidang perubatan dalaman dan penyeliaan klinikal di dalam bidang perubatan dalaman di bawah pengawasan pakar yang dilantik.

 

Fasa II: Tahun 2 & 3

  • Fasa II dikendalikan dalam tempoh 100 minggu di mana calon mesti menghabiskan latihan dalam Perubatan Khusus I dan II. Calon diwajibkan menghabiskan kesemua penempatan dalam masa 100 minggu tersebut.

 

  • Kandungan kursus merangkumi: 
    1. Perubatan Khusus I, calon dikehendaki menjalani tujuh (7) posting major yang dijalankan selama 12 minggu setiap penempatan iaitu Kardiologi, Respiratori, Neurologi, Gastroenterologi, Nefrologi, Endokrinologi dan Hematologi.
    2. Perubatan Khusus II, calon perlu menjalani empat (4) posting minor iaitu Rheumatologi, Onkologi, Dermatologi dan Penyakit Berjangkit.

 

  • Pada Tahun 2 juga, calon dikehendaki untuk merancang dan menghasilkan satu kertas cadangan projek penyelidikan disamping memulakan projek tersebut. Calon juga wajib menghantar kertas cadangan projek penyelidikan tersebut selewat-lewatnya 18 bulan selepas menyertai program ini.

 

Fasa III: Tahun 4

  • Dalam Tahun 4 pengajian calon akan dilatih untuk berfungsi sebagai Pakar Perubatan Dalaman. Fasa III dikendalikan selama 50 minggu. Fasa ini merangkumi Perubatan Dalaman Am II dan penempatan dalam bidang sub kepakaran projek penyelidikan yang dipilih oleh calon dalam Tahun 2.

 

SYARAT KEMASUKAN

  1. Mempunyai kelulusan Doktor Perubatan (MD) atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Senat.
  2. Berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
  3. Berkhidmat selama sekurang-kurangnya empat (4) tahun selepas lulus ijazah perubatan asas.
  4. Berumur 40 tahun dan ke bawah (hanya untuk calon antarabangsa) dan mengemukakan dokumen yang berkaitan untuk pengesahan dan semakan universiti.
  5. Memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan KKM).

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

  • Menguasai pengetahun yang menyeluruh dalam bidang perubatan dalaman dan mencukupi dalam subkepakaran.
  • Mempunyai tahap profesionalisme, nilai, sikap, tanggungjawab dan tingkah laku beretika dalam pengamalan perubatan dalaman.
  • Mempunyai akauntabiliti sosial dan bertindak sebagai pakai perunding bagi meningkatkan tahap kepakaran, amalan dan piawaian perkhidmatan perubatan dalaman.
  • Menguasai kemahiran teknikal serta penggunaan teknologi maklumat dalam mengendalikan perbincangan dan komunikasi dengan pesakit dan ahli keluarga.
  • Menguruskan maklumat dengan cekap dan berkebolehan belajar sepanjang hayat bagi meningkatkan tahap kepakaran perubatan dalaman serta mengikuti perkembagan terkini dalam bidang perubatan.

 

YURAN PENGAJIAN

Struktur Yuran

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Penyelaras Program  :  Dr. Ummi Nadira Daut, Jabatan Perubatan

No Telefon               :   03-89472967

Kemaskini:: 29/06/2022 [sazwan.ishak]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDcQAa~