PENGENALAN
Master Surgeri (Surgeri Am) adalah salah satu program pakar yang ditawarkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Pakar-pakar pembedahan am amat diperlukan di hospital kerajaan, IPTA serta sektor swasta sejajar dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani masalah nisbah kekurangan pakar dalam bidang subkepakaran pembedahan terhadap masyarakat. Oleh yang demikian, fakulti mengadakan program ini bertujuan melahirkan pakar bedah umum yang lebih ramai bagi memenuhi permintaan tinggi sektor awam dan swasta terhadap sumber manusia profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang subkepakaran pembedahan. Selain itu, bilangan tenaga pengajar bagi program ini akan bertambah dan bakal memenuhi keperluan pakar negara dari semasa ke semasa. Program ini juga bertujuan mempertingkatkan bilangan pakar pembedahan am pada masa ini yang mampu melakukan penyelidikan yang relevan berkaitan masalah kesihatan berkaitan dengan bidang yang ditawarkan.
Program ini bermatlamat untuk melahirkan pakar- pakar bedah yang kompeten, mematuhi prinsip-prinsip etika perubatan, mampu mengurus dan menyelesaikan kes pembedahan am secara menyeluruh disamping mengendalikan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pembedahan am.
STRUKTUR KURIKULUM
Program Master Surgeri (Surgeri Am) adalah program latihan sepenuh masa, “in-service clinical training” (latihan klinikal dalam perkhidmatan) selama empat (4) tahun. Struktur organisasi program ini adalah bertujuan untuk melahirkan calon-calon yang bukan sahaja cekap dalam melaksanakan tugasan seorang pakar bedah umum, tetapi mampu mengikuti latihan subkepakaran mengikut kepentingan mereka
Fasa I: Tahun 1
- Pelatih akan menjalani penempatan klinikal pembedahan am selama 48 minggu pada tahun 1. Dalam tempoh ini pelatih mesti memperolehi pengetahuan yang memadai dalam sains perubatan asas sebagai asas kepada pembedahan klinikal dan prinsip amalan pembedahan. Pelatih perlu menggunakan pengetahuan ini dalam pengurusan harian pesakit pembedahan am. Rotasi klinikal merangkumi Pembedahan Am, Rawatan Rapi dan rawatan Kecemasan
Fasa II: Tahun 2 & 3
- Pelatih akan meluaskan perspektif dalam amalan pembedahan di mana para pelatih akan didedahkan kepada beberapa subkepakaran pembedahan i.e Pembedahan Pediatrik/ Urologi/ Neurosurgeri/ Pembedahan Plastik/ Kardiotorasik
Tahun 3
- Pelatih akan meluaskan perspektif dalam amalan pembedahan di mana para pelatih akan didedahkan kepada beberapa subkepakaran pembedahan seperti Gastrousus Atas/Hepatobiliari/
- Kolorektal/Vaskular/Payudara dan Endokrin
Fasa III: Tahun 4
- Pelatih akan meneruskan latihan pembedahan am dan berfungsi sebagai ‘Senior Registra’.Pelatih akan menguruskan kes-kes pembedahan umum secara individu dengan pengawasan penyelia.
- Sepanjang program ini, pelatih dijangka untuk menjalankan kerja kursus di samping komitmen klinikal mereka. Kerja kursus termasuk penulisan kes klinikal, ulasan journal, penyertaan dalam bengkel, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan disertasi penyelidikan tersebut. Mereka dijangka untuk mengekalkan buku log yang mendokumenkan semua kes sepanjang program dan prosedur yang dijalankan.
SYARAT KEMASUKAN
CALON MALAYSIA
- Mempunyai kelulusan Doktor Perubatan (MD) atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Senat.
- Berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
- Berkhidmat selama sekurang-kurangnya empat (4) tahun selepas lulus ijazah perubatan asas.
- Berumur 40 tahun dan ke bawah (hanya untuk calon antarabangsa) dan mengemukakan dokumen yang berkaitan untuk pengesahan dan semakan universiti.
- Memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan KKM).
CALON LUAR NEGARA/ ANTARABANGSA
Buat masa ini, program tidak dibuka kepada calon antarabangsa
- Mempunyai Ijazah Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan atau setaraf dengannya daripada universiti yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pengamal Perubatan 1971 (Akta No. 50) Malaysia. Mempunyai kelayakan Doktor Perubatan (MD) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat.
- Mempunyai pengalaman klinikal tidak kurang daripada tiga tahun selepas pendaftaran pengalaman klinikal; sebaiknya dalam bidang pembedahan atau berkaitan yang diperakui oleh pihak berkuasa berkenaan. Berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun selepas lulus ijazah perubatan asas.
- Pemohon dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama enam bulan dalam jawatan pembedahan di unit Pembedahan, UPM sebelum diterima masuk ke program ini. Memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan).
- Pemohon hendaklah lulus Bahasa Inggeris mengikut keperluan Pusat Pengajian Siswazah UPM.
YURAN PENGAJIAN
Postgraduate Tuition Fee - Session Local Students
AKREDITASI (MQR)
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
|
Penyelaras Program
|
:
|
Dr. Mohd Hady Shukri Abdul Satar
|
|
No. Tel
|
:
|
03 - 9769 2993 |
|
E-mel
|
:
|
hadyshukri@upm.edu.my |
atau


Kemaskini:: 02/03/2026 [irdinaidleen]
PERKONGSIAN MEDIA