Master Perubatan (Radiologi) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pengajian Siswazah (Perubatan) » Master Perubatan (Radiologi)

Master Perubatan (Radiologi)

PENGENALAN

Master Perubatan (Radiologi) merupakan salah satu bidang yang ditawarkan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Pakar dalam bidang Radiologi ini amat diperlukan di hospital kerajaan, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta sektor swasta. Penawaran bidang ini di UPM bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pakar Radiologi begi memenuhi keperluan negara yang masih terlalu rendah.

Peningkatan permintaan terhadap pakar Radiologi dijangka meningkat dengan ketara kerana peningkatan penggunaan teknologi yang canggih. Pengimejan diagnostik lebih jelas, tepat dan dapat memberikan banyak informasi baru bagi diagnosis pesakit. Ini menjadikan peranan radiologi lebih relevan. Peningkatan penggunaan teknik intervensional dalam diagnosis dan rawatan pesakit pula menambahkan keperluan kepada lebih ramai pakar radiologi.

Selain itu, peningkatan kemajuan dalam kerjaya kepada para pegawai perubatan di Malaysia akan tersedia dengan kewujudan lebih peluang latihan khusus kepakaran. Peningkatan pakar Radiologi dan bilangan pensyarah dalam bidang Radiologi membantu dalam memenuhi keperluan negara.

 

STRUKTUR KURIKULUM

Fasa I : Tahun 1

  • Teori Asas Sains Perubatan Radiologi dan Fizik Radiologi
  • Menjalani latihan praktikal pelbagai modaliti di dalam bidang radiologi.

Fasa II : Tahun 2 & 3

  • Teori fizik radiologi pertengahan dan lanjutan, teori klinikal radiologi
  • Meneruskan tugas praktikal sebagai aprentis klinikal radiologi
  • Metodologi penyelidikan, biostatistik, kaedah praktikal klinikal dan etika perubatan
  • Penyelidikan

Fasa III: Tahun 4

  • Bertugas sebagai Pakar Radiologi dalam latihan
  • Laporan disertasi
  • Pengurusan, perundangan dan program jaminan kualiti dalam radiologi.

Kaedah kursus:

Pengajaran menggunakan kaedah:

  • Pembelajaran berpusatkan pelajar seperti pembelajaran kolaboratif/berorientasikan kes konferens klinikal dan penyeliaan klinikal
  • Kritis jurnal
  • Latihan praktikal hospital-hospital yang diwartakan
  • Lawatan, konferens dan seminar
  • Penulisan empat laporan kes klinikal
  • Penyelidikan dan penulisan disertasi

 

SYARAT KEMASUKAN

Calon hendaklan mempunyai kelayakan yang sesuai dari universiti yang diiktiraf oleh UPM seperti berikut:

  1. Memiliki Ijazah Doktor Perubatan (MD) atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS atau MBBCh) atau lain-lain ijazah doktor perubatan yang setara dari Universiti Putra Malaysia atau mana-mana universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Senat
  2. Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga tahun selepas memperolehi ijazah perubatan dan telah melengkapkan rotasi asas yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan mempunyai Sijil Amalan Tahunan yang sah
  4. Berumur tidak melebihi 40 tahun
  5. Memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan KKM)

 

HASIL PEMBELAJARAN

  • Menguasai pengetahuan yang menyeluruh dalam bidang radiologi dan mencukupi dalam subkepakaran
  • Menguasai kemahiran teknikal serta penggunaan teknologi maklumat dalam mengendalikan perbincangan dan komunikasi dengan doktor perujuk, pesakit dan ahli keluarga
  • Mengenalpasti, menganalisis secara kritis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penggunaan diagnostik atau intervensi radiologi berdasarkan fakta saintifik
  • Mempunyai tahap profesionalisme, nilai, sikap, tanggungjawab dan tingkah laku beretika dalam pengamalan perubatan radiologi
  • Mempunyai akauntabiliti sosial dan bertindak sebagai pakai perunding bagi meningkatkan tahap kepakaran, amalan dan piawaian perkhidmatan perubatan radiologi
  • Mempamerkan kepimpinan dalam perkhidmatan radiologi

 

YURAN PENGAJIAN

Struktur Yuran

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Penyelaras Program : Dr. Ezamin Abdul Rahim, Jabatan Pengimejan

No Telefon              :   03-89472512

 

 

Kemaskini:: 27/03/2019 [sazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566513321