Master Perubatan (Psikiatri) | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN medic
» AKADEMIK » Pengajian Siswazah (Perubatan) » Master Perubatan (Psikiatri)

Master Perubatan (Psikiatri)

PENGENALAN

Program Master Perubatan (Psikiatri) Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah satu daripada program pascasiswazah yang ditawarkan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Program ini mempunyai objektif untuk melahirkan pakar psikiatri yang cekap, selamat, mampu berfikir secara kritikal yang mengamalkan prinsip etika perubatan dalam membuat sebarang keputusan.

Program ini ialah pengajian sepenuh masa dengan tempoh pengajian minimum 4 tahun dan maksimum 7 tahun. Bahasa yang digunakan di dalam pengajaran adalah Bahasa Inggeris. Walaubagaimana pun Bahasa Malaysia akan digunakan di dalam keadaan yang memerlukan penggunaannya.

 

STRUKTUR KURIKULUM

Fasa I : Tahun 1

  • Teori: Asas Sains Perubatan dan Psikiatri Asas. 

 

Fasa II : Tahun 2 & 3

  • Teori dan Latihan: Psikiatri Am dan Psikoterapi termasuk Metodologi Penyelidikan.
  • Posting Sub-Kepakaran: Psikiatri Pemulihan & Komuniti, Forensik, Geriatrik, Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja serta Penagihan Dadah.
  • Posting: Perubatan Dalaman/Neurologi.

Fasa III : Tahun 4

  • Posting: Psikiatri Perundingan (Liaison) dan menyediakan laporan Disertasi yang dimulakan dari Tahun 2 serta bekerja sebagai Pakar Psikiatri dalam latihan (Consultant Psychiatrist in Training) disamping mempelajari bidang psikiatri pentadbiran.  

 

SYARAT KEMASUKAN

CALON MALAYSIA

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut: 

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kelulusan MBBS, MBChB, MD atau yang setaraf dengannya dari universiti yang diiktiraf.
  3. Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
  4. Mempunyai Sijil Perakuan Amalan Tahunan (Annual Practicing Certificate) bagi pelajar tempatan. Manakala bagi pelajar luar negara, dikehendaki mengemukakan dokumen yang setara untuk pertimbangan senat.
  5. Lulus penilaian kemasukan seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kepakaran Psikiatri bagi pelajar tempatan. Manakala bagi pelajar luar negara penilaian kemasukan adalah ditetapkan oleh senat.
  6. Mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 1 tahun selepas pendaftaran penuh.
  7. Telah disahkan dalam jawatan. 
  8. Telah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan di negara ini tidak kurang dari 3 tahun. 
  9. Berumur tidak melebihi 40 tahun.
  10. Tidak pernah gagal kursus, menarik diri atau menolak tawaran kursus Sarjana Perubatan.
  11. Mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85%.
  12. Bebas daripada tindakan tatatertib.
  13. Memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan KKM).
  14. Syarat khusus: Mesti memperoleh MedEx Band 4 dan/atau lulus MRCPsych Part 1

 

CALON ANTARABANGSA/LUAR NEGARA

  1. Mempunyai kelulusan M.B.B.S., M.B.Ch.B.,M.D., atau yang setaraf dengannya dari universiti yang diiktiraf dan diluluskan oleh senat
  2. Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
  3. Mempunyai pengalaman klinikal sekurang- kurangnya satu (1) tahun selepas pendaftaran penuh dan diluluskan oleh senat
  4. Lulus peperiksaan kemasukan yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan temuduga oleh Jawatankuasa Kepakaran Psikiatri.

 

 
YURAN PENGAJIAN
 
Postgraduate Tuition Fee - Session Local Students
 

AKREDITASI (MQR)

Master Perubatan (Psikiatri)

 
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
 
Penyelaras Program
:
Dr. Ruziana Masiran
No. Tel
:
03-9769 2541
E-mel
:
ruziana_m@upm.edu.my
 

 atau

 
Unit Siswazah Perubatan
Pejabat Timbalan Dekan (Akademik Perubatan)
mmed.medic@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 26/09/2025 [irdinaidleen]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
X, (10:28:39pm-10:33:39pm, 01 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]