Jabatan Oftalmologi | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Oftalmologi

Jabatan Oftalmologi

Unit Oftalmologi bermula pada tahun 1998 di bawah naungan Jabatan Surgeri ketika kumpulan pertama penuntut perubatan UPM memasuki fasa klinikal. Semenjak tahun 2001 jabatan telah ditempatkan di aras satu dan dua di blok pertama Kompleks Kolej Kejururawatan, Hospital Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, klinik mata telah beroperasi di Porta Kabin UPM, Hospital Kajang sejak tahun 1998 sehinggalah tahun 2006. Setelah Hospital Serdang dibuka, klinik mata juga telah turut berpindah pada tanggal 1 Jun 2006 sehingga sekarang. Bermula pada 13 Januari 2020 Klinik Mata telah mula beroperasi di Hospital Pengajar UPM namun operasi di Hospital Serdang turut diteruskan jua. Setelah berpindah ke HPUPM, Unit Oftalmologi kini telah pun dinaikkan taraf kepada sebuah jabatan pada Oktober 2020.

Klinik Pakar Perubatan Oftalmologi ini beroperasi setiap hari dari Isnin sehingga Jumaat bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga pukul 5 Operasi pakar oftalmologi di Hospital Serdang pula adalah pada hari Selasa, manakala pembedahan di HPUPM pula adalah pada hari Jumaat.

Kemaskini:: 28/02/2023 [farizanm]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdEAt~